Belasungkawa Adik Syahirah Amiruddin

إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها وَأَكْرِمْ نُزُلَها وَوَسِّعْ مُدْخَلَها وَاغْسِلْها بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّها مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِها وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِها وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِها وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّار

JENAZAH penuntut tahun tiga jurusan perubatan Universitas Hasanuddin, Makassar yang meninggal dunia akibat kemalangan di Desa Carima, Sulawesi Selatan, kelmarin dijangka tiba di tanah air hari ini.

Menurut kenyataan PKPMI Makassar Sesi 2016/2017,pesawat yang membawa jenazah Allahyarham Syahirah Amirrudin, 22, akan tiba di KLIA pada 5 petang.

“Jenazah kemudian akan dibawa ke Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam untuk dikebumikan.

“Diharapkan agar pengurusan jenazah ini dapat diselesaikan secara sempurna sebelum jam 8.00 malam,”€ katanya

Menurut kenyataan itu, keluarga Allahyarham amat mengalu-alukan sesiapa yang ingin turut serta menguruskan jenazah.

“Semoga Allah swt memudahkan segala urusan dan semuanya berjalan dengan lancar,”€ katanya.

Dalam kemalangan itu, Syahirah meninggal dunia manakala abang dan kakaknya, Suria Iskandar, 25, dan Syazwani, 28, cedera.

Sementara itu, kakak mangsa, Suhaila Amiruddin, 36 berkata, pembedahan Syazwani berjalan lancar dan adiknya itu berada dalam keadaan stabil.

“Alhamdulillah, pembedahan berjalan baik, tetapi Syazwani belum sedarkan diri. Suria Iskandar pula beransur pulih dan sudah boleh bercakap,” katanya.

Syazwani dan Suria Iskandar berada di Makassar untuk melawat Syahirah.

Syazwani membonceng motosikal ditunggang Syahirah, manakala Suria Iskandar menunggang sebuah lagi motosikal.

Motosikal mereka dipercayai dirempuh kereta di Desa Carima, daerah Bone yang terletak kira-kira 130 kilometer (KM)dari Kota Makassar

Mereka dikatakan dalam perjalanan ke Pantai Tanjung Bira yang terletak kira-kira 192 KM dari kota Makassar apabila terbabit nahas kira-kira jam 4 petang waktu tempatan.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2017/10/268341/semoga-allah-swt-memudahkan-segala-urusan

8 Jenis Rezeki Dari Allah Yang Tercatat Didalam Al-Quran

1.Rezeki Yang Telah Dijamin.

‎وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
“Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya.”
(Surah Hud : 6).

2. Rezeki Kerana Usaha.

‎وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
“Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya.”
(Surah An-Najm : 39).

3. Rezeki Kerana Bersyukur.

‎لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.”
(Surah Ibrahim : 7).

4. Rezeki Tak Terduga.

‎وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
“Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.”
(Surah At-Thalaq : 2-3).

5. Rezeki Kerana Istighfar.

‎فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
“Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).

6. Rezeki Kerana Menikah.

‎وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
“Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya.”
(Surah An-Nur : 32).

7. Rezeki Kerana Anak.

‎وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa’ : 31).

8. Rezeki Kerana Sedekah

‎مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.”
(Surah Al-Baqarah : 245).

Sekitar MAJLIS IFTAR DAN QIAM RAMADAN 1438H

Tarikh: 16 Jun 2017 || 21 Ramadhan 1438H
Tempat: Dewan Hasan Al-Banna, Sekolah Menengah Islam Hira’ Jeram