8 Jenis Rezeki Dari Allah Yang Tercatat Didalam Al-Quran

1.Rezeki Yang Telah Dijamin.

‎وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
“Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya.”
(Surah Hud : 6).

2. Rezeki Kerana Usaha.

‎وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
“Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya.”
(Surah An-Najm : 39).

3. Rezeki Kerana Bersyukur.

‎لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.”
(Surah Ibrahim : 7).

4. Rezeki Tak Terduga.

‎وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
“Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.”
(Surah At-Thalaq : 2-3).

5. Rezeki Kerana Istighfar.

‎فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
“Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).

6. Rezeki Kerana Menikah.

‎وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
“Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya.”
(Surah An-Nur : 32).

7. Rezeki Kerana Anak.

‎وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa’ : 31).

8. Rezeki Kerana Sedekah

‎مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.”
(Surah Al-Baqarah : 245).

Sekitar MAJLIS IFTAR DAN QIAM RAMADAN 1438H

Tarikh: 16 Jun 2017 || 21 Ramadhan 1438H
Tempat: Dewan Hasan Al-Banna, Sekolah Menengah Islam Hira’ Jeram

RAYUAN INFAQ FISABILILLAH MAJLIS IFTAR DAN QIAM RAMADAN 1438H

Tarikh: 16 Jun 2017 || 21 Ramadhan 1438H

Tempat: Dewan Hasan Al-Banna, Sekolah Menengah Islam Hira’ Jeram

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh

Didoakan Tuan/Puan sejahtera dalam kemanisan Iman dan kekuatan ‘amal. In Shaa Allah
Dengan rasa rendah diri, saya mewakili warga Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Qur’an Hira’ (SMITQH) ingin merayu sumbangan infaq daripada Yg. Bhg. Tan Sri/Puan Sri, Dato’/datin, Tuan/Puan sempena bulan Ramadan yang penuh barakah ini.

Tujuan rayuan infak ini adalah untuk mengumpul dana bagi program kecemerlangan pelajar, kebajikan guru/kakitangan SMITQH dan pembangunan sekolah

Jenis-jenis sumbangan iftar yang masih memerlukan sumbangan infak:
※ Tajaan dulang yang berharga RM50/dulang (5 orang)
※ Tajaan barang makanan untuk dimasak pada 16 Jun, seperti daging lembu, kambing (aqiqah), minyak masak, beras, gula, air minuman, kurma dll
※ Kami juga menerima segala bentuk Infak seperti wakaf (LHDN.01/35/42/51/179-6.5621), derma, fidyah, zakat dll

Semua sumbangan dan pembayaran boleh disalurkan ke akaun Sekolah Menengah Islam Hira’: CIMB 86-0051117-0

Akhiru kalam, didoakan Tuan/Puan sekeluarga terus dimurahkan rezeki serta sentiasa di bawah lembayung rahmat dan perlindungan Allah Swt jua. Mudah2an Allah Swt memberkati dan melipat gandakan pahala infaq kita. Aamiin

‘Ingat Infak, Ingat Hira’

Alfaqiiru ilaAllah,

Ust Isharuddin Ismail
Pengetua
Sekolah Menengah Islam Hira’ &
Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQH)
013-2202776

SUMBANGAN : Adik Khadeeja Samsudin

Nota : Adik Khadeeja (pernah di SMIH sebelum keluar kerana penyakitnya ini ) Mlmh Alistri (Muallimah SRIH)

Assalamualaikum wbt. Ikhwah/akhawat yg dikasihi. Anakanda Khadeeja (18tahun), anak kepada sahabat kita akh Samsudin dan Ukhti Alistri disahkan mengidap penyakit multiple cavernomas i.e ketaknormalan salur darah di otak tengah yg menyebabkan dia merana sakit kepala yg bersangatan, muntah2 dan sawan.

Kaedah rawatan hosp sebelum ini tak boleh buat apa2 kecuali supportive utk mengawal bengkak, muntah dan sawannya. Surgery sgt2 berisiko dan neurologist mmg tak boleh buat.

Sebagai rawatan alternative, anakanda Khadeeja telah dirujuk kpd prof aziz dr HUSM Kubang Kerian, KB guna kaedah Naturopathy.

Anakanda Khadeeja akan dibawa ke KB menaiki pesawat 10.00 pagi ini. Utk pengetahuan tempoh rawatan ialah selama 4 bln dgn kos mungkin mencecah RM10k.

Sehubungan itu, sebagai tanda simpati dan sokongan kepada keluarga sahabat kita yg sedang diuji ini, IKRAM kuala Langat melancarkan tabung khas “Kasih Khadeeja”. Sumbangan boleh dimasukkan terus ke akaun BIMB IKRAM KUALA LANGAT no 12074010054933. Slip sumbangan mohon diwhatsappkan kepada bendahari IKRAM KUALA [email protected] Abdullah Sani no hp 60166059494.

Atas segala sumbangan dan sokongan ikhwah/akhawat semua, didahului dgn ucapan terima kasih. Moga Allah permudahkan urusan kita semua. Wasalam.

Ikram Kuala Langat