Tepat jam 1 pagi tadi pihak sekolah telah berjaya melaksanakan latihan kebakaran (fire drill) fasa malam/awal pagi yg melibatkan pihak bomba, team OHS, Jps, semua warden dan para pelajar di asrama.
Taklimat dan pemeriksaan premis sekolah dan asrama juga turut diadakan bagi tujuan penambaikan pd masa depan. Turut hadir bersama menyertai fire drill ialah Pengerusi ALPS, Ust Imran Mohd Khayat dan kakak Dhuha (Batch1) yang merupakan specialist OSH. Turut hadir En Faisal Habib (Batch 2) dan rakan rakan yang juga pakar didalam bidang OSH. Fire drill tamat pada jam 2.30 pg.