“Hira’ – Jauh Di Mata Dekat Di Hati”
www.alumni-hira.org
Alhamdulillah, Alumni Hira’ telah memasuki tahun keempat setelah ditubuhkan secara rasminya pada 7 Mac 1998. Kini. Alumni Hira’ di bawah pimpinan baru bagi sesi 2000-2002 mempunyai jumlah keahlian hampir 150 orang. Tahun ini Alumni Hira’. Insya Allah akan menyambut kedatangan ahli-ahli barunya di kalangan pelajar lepasan SPM 2000 yang berjumlah lebih dari 100 orang.
Sepanjang tahun 2000, Alumni telah mengadakan beberapa program penting seperti:
- Mesyuarat Agung Tahunan kali ketiga
- Majlis Makan Malam dan Kesyukuran (Dinner 2000)
- Strategic Planning and Goal Setting
Mesyuarat Agung dan program “Strategic Planning and Goal Setting” adalah khusus untuk ahli alumni dan tertumpu ke arah melicinkan pentadbiran persatuan serta merancang aktiviti. Program Dinner 2000 adalah program paling bermakna sepanjang tahun di mana ia telah berjaya mengumpulkan para pelajar lepasan Hira’, guru-guru dan bekas guru serta kakitangan sekolah untuk mengenang jasa dan pengalaman bersama di IPH. Bertempat di De Palma Inn Shah Alam. program ini berjaya menemukan peserta paling ramai dengan kehadiran lebih 200 orang.
Untuk program tahun 2001. Ijtima’ Mahabbah Sanawi dan Mesyuarat Agung kali keempat telah diadakan pada 21 dan 22 April 2001, bertempat di Kolej Kediaman Ketiga (Tunku Kurshiah). Universiti Malaya. Ini adalah kali kedua program Ijtima’ dan AGM digabungkan selepas pertemuan dan Mesuarat Agung pertama di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Shah Alam
Pada tahun 1998. Program bertujuan membentangkan laporan tahunan persatuan serta mengumpulkan semua ahli bagi memupuk hubungan kebersamaan dan menambah ilmu melalui pelbagai pengisian. Pihak Alumni seperti sebelumnya turut menjemput wakil-wakil Institusi Pendidikan Hira’ dari kalangan guru-guru dan beberapa orang wakil Alumni SMI yang lain.
Di antara acara menarik yang diadakan ialah ‘Power Point Presentation -Alumni Hira’, ‘Malam Apresiasi Sent, Treasure Hunt, “Penerangan- Pembebasan Palestine” serta Sesi Khas bersama wakil Alumni dan Institusi Pendidikan Hira’.
AJK ALUMNI HIRA’ SESI 2000-2002 | |
Pengerusi | Mu’adz Dzulkefly (019) 3556104 |
Timbalan | Aishah Mohd Amin (016) 3941176 |
Setiausaha | Hamzah Kamaruzaman (019) 3489263 |
Timbalan Setiausaha | Nurin Mazaya Zulkifli (03) 78740301 |
Biro Kebajikan | Azzam Zainal Abidin (012) 2639039 Asma’ Othman |
Biro Informasi | Suhaib Kamarudin (019) 3469132 Hafsa Mahmud |
Biro Kebudayaan & Rekreasi |
Saiful Jamsyir Md. Hakim (019) 3503482 Nabihah Morhalim (019) 3042130 |
Biro Pembangunan Insan |
Nur Nuha Mohd Yusuf |
Biro Ekonomi | Ruqaiyah Morhalim (019) 3718074 Suhaila Amiruddin |
Sumber : http://iphira.tripod.com/buletin/mei/alumni.htm