RAYUAN INFAQ FISABILILLAH MAJLIS IFTAR DAN QIAM RAMADAN 1438H

Tarikh: 16 Jun 2017 || 21 Ramadhan 1438H

Tempat: Dewan Hasan Al-Banna, Sekolah Menengah Islam Hira’ Jeram

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh

Didoakan Tuan/Puan sejahtera dalam kemanisan Iman dan kekuatan ‘amal. In Shaa Allah
Dengan rasa rendah diri, saya mewakili warga Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Qur’an Hira’ (SMITQH) ingin merayu sumbangan infaq daripada Yg. Bhg. Tan Sri/Puan Sri, Dato’/datin, Tuan/Puan sempena bulan Ramadan yang penuh barakah ini.

Tujuan rayuan infak ini adalah untuk mengumpul dana bagi program kecemerlangan pelajar, kebajikan guru/kakitangan SMITQH dan pembangunan sekolah

Jenis-jenis sumbangan iftar yang masih memerlukan sumbangan infak:
※ Tajaan dulang yang berharga RM50/dulang (5 orang)
※ Tajaan barang makanan untuk dimasak pada 16 Jun, seperti daging lembu, kambing (aqiqah), minyak masak, beras, gula, air minuman, kurma dll
※ Kami juga menerima segala bentuk Infak seperti wakaf (LHDN.01/35/42/51/179-6.5621), derma, fidyah, zakat dll

Semua sumbangan dan pembayaran boleh disalurkan ke akaun Sekolah Menengah Islam Hira’: CIMB 86-0051117-0

Akhiru kalam, didoakan Tuan/Puan sekeluarga terus dimurahkan rezeki serta sentiasa di bawah lembayung rahmat dan perlindungan Allah Swt jua. Mudah2an Allah Swt memberkati dan melipat gandakan pahala infaq kita. Aamiin

‘Ingat Infak, Ingat Hira’

Alfaqiiru ilaAllah,

Ust Isharuddin Ismail
Pengetua
Sekolah Menengah Islam Hira’ &
Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQH)
013-2202776

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *