ARKIB : Julai 2001

Salam Pengenalan Alumni Hira
www.alumni-hira.org 

Tahun 1995 adalah merupakan tahun bersejarah kerana genaplah sudah usia 10 tahun kewujudan Sistem Pendidikan Hira’. Buat pertama kalinya generasi pertama Hira’ telah menduduki Peperiksaan SPM pada tahun tersebut seterusnya menamatkan pengajian di Hira’. Di atas kesedaran bahawa pentingnya tenaga-tenaga yang telah diasuh dan dididik dengan sistem pendidikan Islam ini untuk terus bersama dengan sistem ini, satu wadah perlu diwujudkan bagi memenuhi tujuan tersebut. Maka dengan inisiatif dari beberapa individu satu perbincangan menyeluruh telah diadakan. Sebuah Jawatankuasa Penaja Penubuhan Alumni Hira’ dipimpin oleh Muallim Abdul Samad Bin Ibrahim telah ditubuhkan bagi mengkaji dan mencari jalan ke arah penubuhan sebuah Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Islam Hira’ (ALUMNI) yang berdaftar. Dengan keizinan dan limpah kurnia Allah s.w.t. serta berkat kesabaran ahli jawatankuasa tersebut, maka pada 7 Mac 1998, Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Islam Hira’ (ALUMNI HIRA’) telah berjaya di daftarkan di Pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Continue reading “ARKIB : Julai 2001”

ARKIB : Jun 2001

” Salam Mesra Dari Alumni Hira’ “
Kehadiran program Ijtima’ Mahabbah Sanawi dan Mesyuarat Agung Tahunan yang keempat telah memberikan maklum balas yang membanggakan kerana kehadiran ahli yang dicatatkan lebih dari yang telah dijangkakan pada awalnya. Kehadiran yang dianggarkan adalah sebanyak 70 hingga 80 orang ahli. Namun yang hadir pada program berkenaan adalah melebihi 100 orang ahli.
Continue reading “ARKIB : Jun 2001”

ARKIB : Mei 2001

“Hira’ – Jauh Di Mata Dekat Di Hati”
www.alumni-hira.org

Alhamdulillah, Alumni Hira’ telah memasuki tahun keempat setelah ditubuhkan secara rasminya pada 7 Mac 1998. Kini. Alumni Hira’ di bawah pimpinan baru bagi sesi 2000-2002 mempunyai jumlah keahlian hampir 150 orang. Tahun ini Alumni Hira’. Insya Allah akan menyambut kedatangan ahli-ahli barunya di kalangan pelajar lepasan SPM 2000 yang berjumlah lebih dari 100 orang.

Sepanjang tahun 2000, Alumni telah mengadakan beberapa program penting seperti:

  • Mesyuarat Agung Tahunan kali ketiga
  • Majlis Makan Malam dan Kesyukuran (Dinner 2000)
  • Strategic Planning and Goal Setting

Continue reading “ARKIB : Mei 2001”

PERKEMBANGAN TERKINI MUALLIMAH NORLIDA

PERKEMBANGAN TERKINI MUALLIMAH NORLIDA

17 FEBRUARI 2015

Salam.

Semalam Muhammad & Yusuf ziarah Muallimah Norlida di rumahnya.

Keadaan Muallimah tidak banyak berubah sejak di diagnos kanser paru-paru pada april tahun 2015. Terkini menurut pihak hospital kanser telah merebak ke tulang dan hati. Allahu Ya Rahim.

4 bulan sahaja sempat Muallimah ajar Muhammad sbg guru kelas 1KH di SRI HIRA’ Kpg. Batu Belah, Klang.

Sejak kelmarin muallimah terpaksa pakai lampin sebab sudah tak berupaya nak berdiri lagi.

Sakit dibahagian kaki agak kerap hingga terpaksa ambil morfin.

Sebak rasa hati bila muallimah kata “agaknya Allah sedang cuci saya sebersih-bersihnya sebelum saya mengadap Dia”

Ketika itu juga anak bongsu muallimah (perempuan) yang berumur 3 tahun datang peluk kaki saya ketika berdiri disisi katil. Lama sungguhdan saya tidak tahu apa makna pelukannya.. Ya Allah saya menahan air mata.

Mohon tuan/puan doakan dan gembirakan keluarga ini. Ini masa Muallimah. Masa kita… Kita tidak tahu.

Anak ketiga muallimah (tahfiz tingkatan tiga) terpaksa berhenti sementara waktu untuk bantu jaga muallimah dan menguruskan 2 orang adik kecil berumur 3 & 6 tahun.

Suami muallimah masih bekerja dan uruskan hantar anak ke sekolah dan bawa muallimah ulang-alik hospital. 16 Mac ini ada lagi appointment dengan hospital. Minggu lepas telah hadiri temuduga dengan doktor panel PERKESO untuk urusan bantuan kos perubatan. Keputusannya belum tahu lagi.

Baru-baru ini sekumpulan hamba Allah ada kumpulkan sumbangan dan telah serahkan muallimah untuk meringankan beban keluarga mereka.

Untuk makluman anak perempuan yang sulung masih di KUIM (Diploma Perakaunan). Dijangka tamat pengajian hujung tahun ini. Anak perempuan yang nombor 2 tingkatan lima di sebuah sekolah tahfiz di Sri Serdang. Anak perempuan yang nombor tiga terpaksa berhenti untuk jaga muallimah dan adik-adik yang masih kecil.

Sekiranya ada yang berhajat untuk ziarah dan menceriakan muallimah sekeluarga bolehlah berbuat demikian. Ziarah yang mungkin mengambil masa 10 minit tetapi besar ertinya pada mereka. Amat besar keberkatan dan fadilatnya.

Muallimah Nor Lida binti Abdul Hamid
No. 8, Lot 3798, Lorong Harmoni, Jln Tarmizi, Kampung Rantau Panjang 42100 Klang
Tel: +60193919012
No akaun Bank Islam 12010020175140 (Nor Lida binti Abdul Hamid)
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)

”Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya), dan barang apa saja yang kamu nafkahkan/sedekahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (Quran surah Saba’ 34: 39).

Sekian.
Wassalam

SHEIK