Tabung Pembangunan SRI Hira’ (Kompleks Baru)

PROJEK PEMBINAAN KOMPLEKS SEK. REN. ISLAM HIRA’ KLANG DI MERU

Assalamualaikum saudara-saudari yg dirahmati Allah

💐“ Sebaik-baik sedekah adalah di Bulan Ramadan” (Hadis)

💐’ Sedekah itu memadamkan kesalahan (dosa) sebagaimana air memadamkan api’ (HR Muslim).

Bersama ini disertakn video yg telah diusahakn oleh Jawatankuasa Dana Institut Pendidikan Hira’ (IPH) sebagai salah satu usaha untuk kita bersama memanjangkn peluang berinfak/ berwaqaf ini kpd saudara mara dan rakan. Semoga usaha bersama yg kita mulakan pada bulan Ramadan yg mulia ini dapat membantu pihak Jawatankuasa Dana dan Jawatankuasa Pembangunan memulakan pembinaan SRIH Meru ini secepat mungkin.

Bagi sumbangan secara terus kepada akaun Tabung Pembangunan Hira, berikut adalah maklumat bank:

a) BIMB
Pembangunan Hira’
120 100 100 190 26

b) Maybank
Tabung Pembangunan Hira’
562 843 1010 13

===================

SUMBANGAN SECARA WAQAF ATAU WAQAF POTONGAN TETAP BULANAN melalui PERBADANAN WAKAF SELANGOR.(PWS)

Sumbangan Serendah:
💰1 unit RM10.00
💰2 unit RM20.00
💰3 unit RM30.00
💰5 unit RM50.00
💰10 unit RM100.00 dan seterusnya…..

Salurkan sumbangan anda ke akaun BIMB :
PERBADANAN WAKAF SELANGOR : 12-038-0101078-32.

Sila maklumkan sumbangan anda melalui whatsapp kepada :

Tuan Haji Ayub 0162800101 email: [email protected]

Anda boleh memohon resit pelepasan cukai (LHDN).

“Semoga sumbangan wakaf tuan/puan diterima di sisi Allah SWT. Amin.

Sekian terimakasih.

Muallimah Wan Norzila
GURU BESAR
SEKOLAH RENDAH ISLAM HIRA KLANG

SUMBANGAN : Adik Khadeeja Samsudin

Nota : Adik Khadeeja (pernah di SMIH sebelum keluar kerana penyakitnya ini ) Mlmh Alistri (Muallimah SRIH)

Assalamualaikum wbt. Ikhwah/akhawat yg dikasihi. Anakanda Khadeeja (18tahun), anak kepada sahabat kita akh Samsudin dan Ukhti Alistri disahkan mengidap penyakit multiple cavernomas i.e ketaknormalan salur darah di otak tengah yg menyebabkan dia merana sakit kepala yg bersangatan, muntah2 dan sawan.

Kaedah rawatan hosp sebelum ini tak boleh buat apa2 kecuali supportive utk mengawal bengkak, muntah dan sawannya. Surgery sgt2 berisiko dan neurologist mmg tak boleh buat.

Sebagai rawatan alternative, anakanda Khadeeja telah dirujuk kpd prof aziz dr HUSM Kubang Kerian, KB guna kaedah Naturopathy.

Anakanda Khadeeja akan dibawa ke KB menaiki pesawat 10.00 pagi ini. Utk pengetahuan tempoh rawatan ialah selama 4 bln dgn kos mungkin mencecah RM10k.

Sehubungan itu, sebagai tanda simpati dan sokongan kepada keluarga sahabat kita yg sedang diuji ini, IKRAM kuala Langat melancarkan tabung khas “Kasih Khadeeja”. Sumbangan boleh dimasukkan terus ke akaun BIMB IKRAM KUALA LANGAT no 12074010054933. Slip sumbangan mohon diwhatsappkan kepada bendahari IKRAM KUALA LANGAT@Hj Abdullah Sani no hp 60166059494.

Atas segala sumbangan dan sokongan ikhwah/akhawat semua, didahului dgn ucapan terima kasih. Moga Allah permudahkan urusan kita semua. Wasalam.

Ikram Kuala Langat

PERKEMBANGAN TERKINI MUALLIMAH NORLIDA

PERKEMBANGAN TERKINI MUALLIMAH NORLIDA

17 FEBRUARI 2015

Salam.

Semalam Muhammad & Yusuf ziarah Muallimah Norlida di rumahnya.

Keadaan Muallimah tidak banyak berubah sejak di diagnos kanser paru-paru pada april tahun 2015. Terkini menurut pihak hospital kanser telah merebak ke tulang dan hati. Allahu Ya Rahim.

4 bulan sahaja sempat Muallimah ajar Muhammad sbg guru kelas 1KH di SRI HIRA’ Kpg. Batu Belah, Klang.

Sejak kelmarin muallimah terpaksa pakai lampin sebab sudah tak berupaya nak berdiri lagi.

Sakit dibahagian kaki agak kerap hingga terpaksa ambil morfin.

Sebak rasa hati bila muallimah kata “agaknya Allah sedang cuci saya sebersih-bersihnya sebelum saya mengadap Dia”

Ketika itu juga anak bongsu muallimah (perempuan) yang berumur 3 tahun datang peluk kaki saya ketika berdiri disisi katil. Lama sungguhdan saya tidak tahu apa makna pelukannya.. Ya Allah saya menahan air mata.

Mohon tuan/puan doakan dan gembirakan keluarga ini. Ini masa Muallimah. Masa kita… Kita tidak tahu.

Anak ketiga muallimah (tahfiz tingkatan tiga) terpaksa berhenti sementara waktu untuk bantu jaga muallimah dan menguruskan 2 orang adik kecil berumur 3 & 6 tahun.

Suami muallimah masih bekerja dan uruskan hantar anak ke sekolah dan bawa muallimah ulang-alik hospital. 16 Mac ini ada lagi appointment dengan hospital. Minggu lepas telah hadiri temuduga dengan doktor panel PERKESO untuk urusan bantuan kos perubatan. Keputusannya belum tahu lagi.

Baru-baru ini sekumpulan hamba Allah ada kumpulkan sumbangan dan telah serahkan muallimah untuk meringankan beban keluarga mereka.

Untuk makluman anak perempuan yang sulung masih di KUIM (Diploma Perakaunan). Dijangka tamat pengajian hujung tahun ini. Anak perempuan yang nombor 2 tingkatan lima di sebuah sekolah tahfiz di Sri Serdang. Anak perempuan yang nombor tiga terpaksa berhenti untuk jaga muallimah dan adik-adik yang masih kecil.

Sekiranya ada yang berhajat untuk ziarah dan menceriakan muallimah sekeluarga bolehlah berbuat demikian. Ziarah yang mungkin mengambil masa 10 minit tetapi besar ertinya pada mereka. Amat besar keberkatan dan fadilatnya.

Muallimah Nor Lida binti Abdul Hamid
No. 8, Lot 3798, Lorong Harmoni, Jln Tarmizi, Kampung Rantau Panjang 42100 Klang
Tel: +60193919012
No akaun Bank Islam 12010020175140 (Nor Lida binti Abdul Hamid)
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)

”Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya), dan barang apa saja yang kamu nafkahkan/sedekahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (Quran surah Saba’ 34: 39).

Sekian.
Wassalam

SHEIK