Borak

Latest Message: 3 months ago
  • Mohd Shahar : Macam nak tahu sesorang tu ahli ALIPH berdaftar dan bila tarikhnya renew keahlian??
  • Mohd Shahar : Assalamualaikum..
  • eSafarEE : Galeri ALIPH updated with pic for ims/jamuan kas&ims/karnival hira'..
  • khaulah^_^ : to nadiah: blh!! nnt ana mesej anti utk maklumat lebih lanjut..
  • eSafarEE : hehe..terlebih formal la plak ayat kat bwh ni
  • eSafarEE : khaulah^_^:Insya Allah akn ade pengumuman khas drp Presiden ALIPH berkenaan hal ni. Syukran atas keperihatinan.
  • khaulah^_^ : afwan, nk tanya.. hr tu wkt IMS ada bincang pasal sumbangan dana utk IPH setiap bulan.. bila blh start??
  • eSafarEE : REMINDER. Kami masih memerlukan beberapa ahli ALIPH utk membantu menguruskan portal ini. sila rujuk link(klik 'eSafarEE') utk maklumat lanjut.
  • khaulah^_^ : salam sume!! moga masing-masing di dalam redha Allah..
  • eSafarEE : tengok IMS09 online.. ;)
  • eSafarEE : akan ade...bergantung kpd permintaan dan keperluan + bil. active user.
  • mechanism : xde forum ke kt cni...
  • mechanism : slm...
  • Rafiuddeen : salam dijawab :D
  • eSafarEE : salam disambut ;)
  • manfarisi : Salam dari Mesir...apa khabar semua?
  • tfah : salam ziarah~
  • eSafarEE : batch 13..? xtaula..kalau xde lg, ajakla kawan ramai2 join. bole bukak forum ;)
  • sultan_muzaf : batch 13 mana?
  • side : dah ada . sapa admin ? lepas reg kat situ , msg me, ill give u admin

Guests are shown between [].

Only registered users are allowed to post

Komen Terbaru

 
Click on the slide!

Kem Anak Soleh 2009

Kem Anak Soleh V merupakan program kemasyarakatan yang dianjurkan secara tahunan oleh persatuan Alumni Institusi Pendidikan Hira’(ALIPH). Program ini adalah…

More...
Click on the slide!

Galeri ALIPH

AGM/IMS/KAS

Frontpage Slideshow (version 2.0.0) - Copyright © 2006-2008 by JoomlaWorks

Dikemaskini pada Tuesday, 08 December 2009 - 22:33 GMT+08  

 
Anda ingin menjadi sebahagian dari sejarah?? PDF Print E-mail
Written by ni'mazakirah   
Tuesday, 08 December 2009 22:33

Sekarang umur Hira' dah memasuki 25 tahun. kalau ikutkan umur manusia, dah boleh nikah dah ni.. sebagai 'bekas sekolah Hira', ana bangga, ana pernah dididik di sekolah Hira' walaupun hanya 6 tahun. paling membanggakan ana, usia hira' sama dengan usia ana..antum bagaimana?? tak cukup dengan hanya sekadar berbangga. tiada salahnya jika kita sama-sama menyumbang tenaga untuk sambutan jubli perak 25 tahun Hira'.. apa yang perlu kita sama-sama lakukan???

Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk mengisi slot2 sambutan sepanjang tahun 2010.

Antaranya:

  1. Karnival - sekurang-kurangnya 3 karnival telah dirancang - macam2 ada dalam karnival
  2. Dinner (Makan malam)
  3. Majlis perasmian surau dan pecah tanah
  4. dan bermacam-macam lagi..
Apa tugasan kita?? (ALIPH)

ALIPH ditugaskan untuk menganjurkan KARNIVAL AGM iaitu AGM serentak bagi BARAKAH, PIBG dan ALIPH dan kemuncaknya diakhiri dengan Makan Malam.

Apa objektifnya?!

Banyaaak...ini dia:

  • Mengumpulkan ahli2 IPH
  • Mengenang & mengimbau jasa2 guru lama yang telah lama berbakti
  • Fund Raising
  • Penghargaan kepada ahli IPH
  • Mengeratkan hubungan antara warga IPH (Ibubapa, Lembaga, Guru2 dan juga Alumni)
Bila tu??
27 March 2010 (Sabtu)

 

APA PENGISIAN DINNER??
Last Updated on Thursday, 10 December 2009 14:33
 
Salam Aidiladha: Sekeping Hati Milik Ibrahim PDF Print E-mail
Written by Usamah Kamaruzaman   
Saturday, 28 November 2009 04:39

kaabah-eid

“Selawat Allah ke atas junjungan Muhammad, dan keluarga Muhammad, sebagaimana selawat-Mu ya Allah ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim,” bicara tasyahhud kita saban masa.

“Kami berpagi-pagian di atas fitrah al-Islam, dan kalimah al-Ikhlas, dan agama Nabi kami Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam, dan di atas jalan agama Ibrahim yang Haneef, tidak sekali-kali baginda itu dari kalangan manusia yang menyekutukan-Mu” zikir kita mengiring terbitnya fajar pagi.

Ibrahim bapa sekalian Anbiya’.

Aidiladha mengangkat syiar memperingati pengorbanan dan kemuliaannya.

Ibrahim pemilik Hati yang Saleem.

Hati yang sejahtera.

QALBUN SALEEM

Allah SWT menyebut di dalam Al-Quran tentang hati yang sejahtera () sebanyak dua. Sebutan yang pertama adalah berkenaan dengan hati yang sejahtera di dunia, manakala sebutan yang kedua menyentuh tentang Akhirat.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Saafaat [37: 83-84]:

“Dan di antara golongan yang mendokong (seruannya  Nuh) itu adalah Ibrahim. Iaitu tatkala beliau mendatangi Tuhannya dengan membawa hati yang sejahtera”

Ayat ini dinyatakan oleh Allah SWT berkenaan dengan titik tolak Ibrahim Alayhi as-Salaam mencari kebenaran, melukis garis pemisah dirinya dengan syirik bapa dan kaumnya, serta asas perjuangan Baginda AS sebagai seorang Rasul.

Last Updated on Saturday, 28 November 2009 04:43
 
25 tahun Hira' PDF Print E-mail
Written by ni'mazakirah   
Tuesday, 08 December 2009 22:16

putera puteri sri hira'

bertekad dan berazam

mengabdikan diri kepada Allah

mengikut contoh Nabi Muhammad

agar menjadi insan yang kamil

ilmu diamal iman ditingkat

berusaha gigih menuntut ilmu

kami semua tak jemu-jemu

beramal soleh sepangjang waktu

beriman kepada Allah yang satu......

 Masih ingatkah antum semua pada lagu di atas?? kita sama-sama melantunkan bait-bait di atas dalam nada yang bersemangat suatu ketika dahulu setiap kali perhimpunan.alhamdulillah...jika dahulunya sambutan 10 tahun hira' diadakan ketika ana di darjah 4 (1995), kini Hira' telah memasuki fasa baru. pada tahun depan, genaplah sudah usia Hira' 25 tahun. ini membuktikan bahawa anggota-anggota yang membangunkan institusi ini telah berjaya mencapai suatu standard kecemerlangan di mata masyarakat yang mengharapkan pendidikan berteraskan pendidikan islam sebagai elemen penting dalam membentuk figur islam.Subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar.. segala puji bagi Allah yang akan menzahirkan impian kami selama ini..

  Masih segar di ingatanku pada sambutan 10 tahun Hira'suatu ketika dahulu. lagu inilah yang sama-sama kami persembahkan di atas pentas yang dibina di suatu sudut tempat perhimpunan.

" ............ hira' membangun, setelah sedekad berlalu..

berkat ketabahan dan kesabaran terbuktilah hasilnya kini..

hasil usaha kita semua hira' membangun dengan megahnya..

memimpin ummah ke jalan yang benar, menyinari kita semua..."

 ketika itu..tar baru sahaja siap diturap. sebelum ni sekolah hira' hanya beralaskan batu-batu kecil. ketika itu..kumpulan nada murni datang membuat persembahan.ketika itu.. kami kumpulan2 persembahan dikehendaki tidur di sekolah bagi memastikan persembahan menarik dipersembahkan depan hadiirin.ketika itu.. jualan diadakan besar-besaran.ketika itu..sambutan diadakan sampai malam..

banyak sungguh kenangan yang indah.. Smile

ayuh kawan-kawan, sama-sama kita berdoa semoga IPH terus kekal dan berkembang maju serta dapat melahirkan lebih banyak lagi pendukung-pendukung islam yang sejati.. Amin.. 

Last Updated on Thursday, 10 December 2009 14:45
 
Dua Mimpi PDF Print E-mail
Written by Usamah Kamaruzaman   
Wednesday, 02 September 2009 02:48
 

Dua Mimpi

Kelmarin aku bermimpi
suria bersinar cemerlang
di lorong sunyi ini,
burung-burung menyanyikan lagu riang
dan bayu lembut berbisik;
bahagia telah datang,
bahagia sudah menjelang.

Tetapi semalam,
mimpi indah jadi ngeri;
langit memuntahkan petir
dan awan gemawan hitam
dikejar pekik angin
ribut dan kabut,
lorong sunyi jadi gelap
hujungnya jalan mati.

Apakah?
Aku tak mengerti.
Keliru makin bingung,
benarkah hujan panas
bisa menemukan pelangi?

Tinggal harap pada Kau yang sudi.
Dengarkan,
jangan tinggal aku sendiri.
Leraikan,
usah yakinku berbelah bagi.
Tuhan,
biar kutahu erti isyarat-Mu
dan hati ...
ittaqi, ittaqi!

khaleel el-wafy
 

Last Updated on Wednesday, 02 September 2009 02:57